CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, June 9, 2012

kahwin muda itu indah ;)

assalamualaikum , lama da tak update blog kan kan kan ? HEHE :D , okay okay , berbalik pada entry lisa kali ni , ceceh .. tajuk tak menahan .. hehe :D kahwin muda itu sebenarnya indah bukan nya menggatal tapi bagi mengelakkan maksiat yang berleluasa dikalangan orang orang muda nie ..

                                *tak sabar nak tggu saat ini .. wink wink ;')
couple tu kan haram ,lisa akui dulu pernah juga couple tapi tu zaman sekolah sekarang lain da mula berfikir ,nikah lebih baik .. semua nya da HALAL kan .. :) Rasulullah juga pernah bersabda ..
                            Rasulullah SAW bersabda : "Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku..." (HR . Ibnu 'Addi)      
berkahwin muda juga menyelamatkan kita daripada godaan syaitan ..  Jadi think positive , kalau kahwin muda ni .. jangan terlalu risau pasal rezeki tu .. rezeki lepas kahwin la banyak percaya la ;) ibu ayah lisa da bagi greenlight , HEHE :D calon imam je tak ada lagi .. ;) bersabar menanti .. okay la cerita lebih lebih kang , lisa yang tak sabar .. HAHA:D pape pun .. kita layan gambar diorang yang da kahwin ... comfem korang pun tak sabar kan kan kan ?

                                           *haishh .. sweet kot aceni .. *_*

                              *kalau da kahwin apa je suami atau isteri buat nampak sweet jerr ;)

                                   *alahai .. omey giler pengantin ni .. nak aceni ;3

acene ? tak sabar kan ? apalagi kahwin la .. HEHE :D .. berjumpa kita lagi di entry akan datang .. ;)

Wednesday, April 4, 2012

ya ALLAH pada MU aku meminta !



ya ALLAH pada MU aku bersujud , padaMU jua la aku meminta ..
Engkau ampunkan dosa-dosa yg umpama pepasir di pantai ,
sesungguhnya Engkau la Maha Pengampun .. 
aku mohon padaMU ya ALLAH ,
hidupkan aku dalam keimanan ,
mati kan aku dalam beriman ya ALLAH , 
serta masuk kan aku ke dalam syurga bersama-sama iman ..
segala kejahilan ku dulu , Engkau ampun kanlah ..
Engkau teguhkanlah iman ku ya ALLAH ,
janganlah engkau pesongkan hati ku setelah Engkau memberiku hidayah MU ..
ya ALLAH , jauhkan aku dari sifat riak ya ALLAH..
ya ALLAH , ya ALLAH , ya ALLAH 
ALLAHUAKBAR ! ALHAMDULILAH
Engkau berikan aku pertunjuk.. 
aku bersyukur ..ya ALLAH !
kerana Engkau menyayangi hambaMU ini ..
aminn ya rabbal alamin .. (",)




berdoa la , supaya kita tak digelar sombong padaNYA .. :)
ALLAH yang MAHA agung !



 

Sunday, April 1, 2012

wanita solehah :)

akan ku gagah ,
akan ku tabah ,


ya ALLAH , tetapkan la iman dihati ku ..
supaya aku kuat mengharungi segala dugaan untuk menjadikan diriku ini seorang wanita solehah yang Engkau redhai .. 
ya Allah ya tuhanku yang maha pengasih .
lindungilah aku dari kemurkaan MU ..
teguh kan hati dan jiwa ku ..
untuk menjadi wanita solehah sebaik baik perhiasan di dunia ini ..
aminn ya rabbal al amin ....... 


 








Wednesday, September 21, 2011

jika ingin mencari cinta .....

Wahai kaum Adam..
Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.
Untuk Hawa pula..
Andai mahu menerima cinta Adam…
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…
3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.
Lelaki dan wanita hari ini tidak lagi seperti mereka yang dahulu. Sebelum ini, wanita berhijab itu sesungguhnya memang mulia zahir batinnya. Tetapi hari ini, mereka yang bertudung barangkali hanya untuk menyembunyikan kelemahan diri. Begitulah juga sang lelaki. Kadang-kala berkopiah. Dari mata nampak sungguh alim tetapi dalam hatinya..??
Siapa yang tahu… Wallahualam.

Sunday, August 21, 2011

biler ade peluang ......


salam ... hahah  nmpak tak gambar kat atas nie.. sbnrnye saje je nk beritahu kat korang .. yg sebenarnya komputer umah akuh rosak .. so da lame da xblogging .. berfesbuk .. huhu miss doh .. kat korang .. #yeke akuh miss korang?? hehe msti la miss korang kan baby boo akuh .. hahaha .. so tinggal netbook je kat umah akuh nie ..tapi netbook pown ayah akuh gune .. so akuh hanya mampu melihat saje .. #sambil buat muke sedih ... tapi biler ade peluang akuh gune netbook nie .. akuh manfaatkan la peluang yg ade nie .. hehe tapi ade hikmah kot pc akuh rosak .. sbb kalo xrosak mmg akuh 24 hours dok mengadap pc tu .. hehe mmg lingkup spm akuh nnti .. hehe tpi skrg pc da rosak .. xde la akuh mengadap lagi .. so akuh tumpu la pade buku .. #jap2 tumpu ker akuh pade buku ..? -,- xlame lagi da nak raya .. so akuh nk ucapkan .. selamat hari raya aidilfitri .. maaf zahir dan batin .. ckup x puasa nie ..? yg pmpuan tntu xckup kan .. hehe dan naek cuti raya trus akuh trial spm .. wish me luck ye wahai baby boo ku sekalian .. ;) .. tgk tu .. xley akuh tulis panjang skit msti buat muke bosan .. ok2 akuh stop skrg .. ;) daa baby boo ku sekalian  "KALAU ADE JODOH , KITA BERTEMU LAGI " :)

Friday, August 5, 2011

ramadhan dalm hidup ku :)

wah!~ lisa mase kecil .. hehe comel x lisa yg baby tu ... ?ape xcomel ?xpe lisa tawu lisa x comel cm korang mase baby ..:) nie la siblings lisa .. kakak sorang abg dua org ..ok sekarang kembali pde tajuk .. =) ibu lisa cerita kat lisa yg lisa lahir pada bulan ramadhan .. wow!~~ hehe best nye.. di bulan yg mulia yg penuh berkat nie lisa di lahirkan .. :) lisa harap lisa bley jadi ank yg solehah yg berbakti pade bangsa dan negara .. #aceceh ayt skema tol tu la ramadhan dalam hidup lisa... da sebati da.. hehedan lisa harap gak yg hidup lisa nie sentiasa diberkati ALLAH swt .. aminn~~ doakan lisa.. :) berjaya di dunia dan di akhirat .. :) hehe nape boring ea lisa cite pasl diri lisa ..?ok2 lisa stop .. heheh #kesah lak akuh =.= ok2..sampai sini je la.. muka korang bace pown muke bosan je.. hehe :D daaaaa

Thursday, August 4, 2011

dunia ini diibarat pentas lakonan ..





Hidup kita ini umpama suatu perjalanan cerita atau filem yang mana ada permulaan dan pengakhirannya. Jika kita ingin membuat andaian, dunia ini boleh diibaratkan sebagai pentas lakonan.

Pelakon utamanya ialah manusia dan skripnya adalah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Jurugambarnya adalah terdiri daripada para Malaikat di mana Islam menjadi tema ceritanya. Manakala kiamat pula menjadi kesudahan penggambaran cerita.

Apabila tiba hari penganugerahan atas cerita yang dilakonkan, titian sirat itu bakal menjadi karpet merahnya. Tempat penganugerahannya adalah di Padang Mahsyar. Rasulullah SAW adalah "pelakon terbaiknya", Allah SWT sebagai "jurinya" yang Maha Adil. Syurga atau Neraka, itulah trofinya!




Daisypath Anniversary tickers